Subscribe News Feed Subscribe Comments

Khabir akan filemkan sekuel drama ‘Nur Kasih’

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

Khabir Bhatia merupakan pengarah yang menghasilkan karya dengan adunan seninya tersendiri.


ATAS kejayaan drama ‘Nur Kasih’, pengarahnya, Khabir Bhatia akan menyambung jalan cerita berunsurkan cinta, kekeluargaan dan islamik itu dalam bentuk filem.

Jika dilihat, drama lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera ini bukan sahaja mendapat sambutan yang hangat peminat di Malaysia malah turut termasuk Singapura.

Menurut pengarah filem ‘Cinta’, ‘Sepi’, dan ‘Setem’ ini, dia dan isterinya, penulis skrip Mira Mustaffa sedang dalam proses menghasilkan filem sekuel daripada drama ‘Nur Kasih’.

“Filem itu akan menyambung apa yang berlaku seterusnya selepas berakhirnya 26 episod drama ini nanti.

“Kami hanya memikirkan untuk membuat filem memandangkan cerita ini mendapat sambutan yang hebat. Oleh itu, saya tidak terfikir untuk membuat drama ‘Nur Kasih’ musim kedua,” jelasnya yang gembira dengan kejayaan ‘Nur Kasih’.

Tambah pengarah drama ‘Manjalara’, ‘Hartamas’, ‘Kekasihku Seru’ dan‘Tower 13’ ini, dia mahu mengumpul lebih ramai khalayak baru yang mengikuti cerita ‘Nur Kasih’.

Kini, drama yang sedang disiarkan di TV3 itu telah melonjak bilangan penontonnya kepada 28 juta di laman sesawang dan 3 juta penonton yang menonton di televisyen.



“Saya tidak 100 peratus terkejut dengan pencapaian ‘rating’ drama ini sebaliknya merasakan ia memberikan suatu fenomena baru kepada drama-drama lain kerana telah menghasilkan kesan yang positif kepada penonton.

“Drama ini telah membawakan elemen Islam dengan gaya hidup moden,” ujarnya yang berasal dari Mumbai, India.

Jelasnya, mungkin ramai orang menyukai ‘Nur Kasih’ disebabkan oleh jalan cerita dan karektor yang dilakonkan oleh setiap pelakon.

Secara dasarnya, Khabir menganggap ‘sense’ yang digunakan semasa mengarah merupakan perkara terpenting dalam drama itu.

Ramai yang berpendapat teknik pengarahan Khabir mampu mencantikkan sesebuah cerita itu.

Syot-syot ceritanya mengandungi maknanya tersendiri dan mengasyikkan. Kadangkala ada juga pengaruh filem Bollywood yang dibawa dalam karyanya itu, mungkin kerana dia berasal dari sana.

“Saya cuba membuat drama yang nampak seakan-akan filem. Jadi,apabila semua elemen termasuk jalan cerita dan lakonan seseorang pelakon itu bergabung, barulah sesuatu kerja itu akan dilakukan dengan sempurna,” jelasnya yang baru sahaja selesai menyiapkan filem ‘Lara’yang bergenre komedi romantik.

Selepas ini, Khabir memberitahu dia mahu lebih banyak meneroka genre seram selepas berjaya menghasilkan drama ‘Kekasihku Seru’ dan ‘Tower13’ yang kedua-duanya telah dan sedang disiarkan di slot Seram TV3.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 
Head Hunters The Kadazan Boi ™ | TNB
.FJ_Heading {display: none;} .FJ_TrafFoot {display: none;}