Rancangan ‘One In A Million’, memetik Esther, sudah menjadi seperti ‘Survivor’ pula dengan pemberian imuniti setiap minggu kepada peserta yang dirasakan para juri telah memberi persembahan yang terbaik pada malam itu. Malam tadi, peserta dari Sabah ini menjadi penerima pertama imuniti, di mana dia terselamat dari penyingkiran pada minggu depan.
“Saya berasa terkejut dan tak sangka akan terpilih kerana peserta-peserta lain hebat-hebat belaka sampai saya tak boleh describe ‘kebagusan’ mereka. Saya tak dapat nak kata apa kelebihan saya kerana orang lain yang nampak impak dari persembahan saya. Yang dapat saya katakan, I deserve to be here,” kata Esther bila ditanya perasaan mendapat imuniti.
Menurut Paul Moss, Esther penerima selayaknya kerana telah memberikan sesuatu yang ‘extra’ dalam persembahannya. Jelas Syafinaz, “Esther telah memberikan satu persembahan yang sangat baik. She’s very passionate bila menyanyi dan sebagai pendengar, anda boleh mendengar emosi dalam suaranya yang mampu mengharukan anda. Ada beberapa peserta yang telah menunjukkan persembahan yang hampir sebaik Esther seperti Pija.”
Ini meninggalkan 11 rakan seperjuangan yang lain ‘to fight it out’. Berdasarkan persembahan mereka malam tadi, ia bukan satu perkara yang mudah untuk mengatakan siapa yang patut dihantar pulang. Semuanya telah memberikan persembahan yang terbaik dan menghiburkan walaupun ada beberapa yang masih boleh melakukan lebih baik lagi.
Antaranya Nine. Salah seorang peserta ‘favourite’ juri, namun dendangan lagu D’Masiv, “Cinta Ini Membunuhku” dikatakan Syafinaz tidak cukup menarik dan memberahikan. Paul pula merasakan Nine mampu membuat lebih baik dari itu.
Ditemui di sidang akhbar selepas show, Nine mengaku bimbang dengan nasibnya minggu depan kerana telah di “fire” juri. Tetapi dia berjanji, jika dapat melepasi penyingkiran akan dibuat dengan lebih baik selepas itu.
Kenyataannya disambut baik oleh peserta lain yang bersorak tanda menyokong. Amylea sempat lagi menjerit, “We believe in you.”
“Sebenarnya kita sudah seperti sebuah keluarga di sini. Sudah ada talian persahabatan yang terjalin diantara kita. We’ve really bonded with each other and fallen in love with one another. Jadi adakalanya kita lupa yang kita sedang bertanding,” katanya.
Dalam sebuah dunia yang sempurna, kesemua 12 rakan ini akan menerima wang RM1 juta untuk memajukan kerjaya nyanyian mereka dan pada masa yang sama, menaikkan lagi taraf industri muzik tempatan. Tetapi realitinya hanya seorang saja yang boleh merangkul gelaran ‘One In A Million’. Dan yang pasti, salah seorang dari mereka akan melihat impian OIAM mereka dihancurkan minggu depan.
- tahniah diucapkan kepada Esther kerena dipilih sebagai persembahan terbaik pada malam itu.. dan secara tidak langsung beliau menjadi pemenang IMUNITY pertama iaitu format terbaru dimana para pelajar yang membuat persembahan terbaik xperlu melalui proses penyingkiran pada minggu seterusnya...!!
go go Esther...!!
-cheers-
0 comments:
Post a Comment