Subscribe News Feed Subscribe Comments

Stacy @ Drama Ramadhan (Rendang Tok Wan)

Berhiburlah bersama SINAR FM dan Astro di bulan Ramadan ini dengan Drama Ramadan menarik, Rendang Tok Wan. Inilah satu-satunya drama radio pertama yang pasti merangsangkan dengan watak-watak yang mencuit hati yang dipegang oleh artis tempatan terkenal serta penyampai SINAR yang berbakat seperti Tok Wan, Abby Fana, Krill, Nila, Hafiz, Stacy dan Linda Onn.


Watak-watak

Tok Wan
(Tok Wan)
Watak utama dalam drama Rendang Tok Wan. Watak yang gembira, suka menolong dan bersifat keibuan.

Lijah
(Abby Fana)
Jiran Tok Wan yang'bermusuhan' dengan Limah dan cuba untuk memenangi hati Tok Wan untuk mendapatkan resepi rendang. Bermulut celupar dan suka menunjuk-nunjuk. Mempunyai anak perempuan bernama Elisya.

Limah
(Nila)
Watak yang hampir serupa dengan Lijah. Mempunyai anak lelaki bernama Aiman.

Aiman
(Haziq)
Anak lelaki Limah yang petah bercakap.

Elisya
(Alicia)
Anak perempuan Lijah yang juga petah bercakap. Mereka berdua mempunyai muslihat untuk merapatkan ibu masing-masing.

Edah
(Stacy)
Watak gadis blur dari Sabah yang bekerja di gerai makan Tok Wan.

Suparman
(Farid Kamil)
Tukang hantar makanan yang jatuh cinta dengan Edah.

Khairil
(Krill)
Anak Tok Wan yang merajuk dengan ibunya. Manja tetapi sedikit degil.

Siti
(Linda Onn)
Isteri kepada Khairil yang lemah lembut dan penyayang. Cuba memujuk suaminya supaya pulang beraya di kampung Tok Wan.

Milkman/Pak Haji/Suami
(Salleh Yaacob)
Pelbagai watak.


Sinopsis drama "Rendang Tok Wan"

Rendang Tok Wan berkisar tentang kisah kekeluargaan, kejiranan kasih sayang dan semangat Bantu membantu. Tok Wan yang tinggal di kampung mempunyai sebuah gerai makan kecil. Tok Wan memang terkenal dengan seorang yang mudah mesra, suka membantu dan tahu tentang perkembangan semasa. Beliau juga terkenal dengan masakan rendangnya yang sungguh sedap dan lain daripada yang lain. Tok Wan mempunyai dua jiran yang sangat kepoh dan kecoh. Limah dan Lijah (charaters’ names will be based on the TV commercial) saling bertanding antara satu sama lain. Kedua-duanya tidak mahu kalah dan ingin menunjuk-nunjuk bahawa mereka lebih bagus daripada yang seorang lagi. Kedua-dua mereka ingin mendapatkan resepi rendang tok wan yang terkenal. Mereka merancang untuk membuat majlis hari raya besar-besaran di rumah masing-masing dan mahu menghidangkan masakan rendang Tok Wan pada saudara mara dan sahabat handai yang datang ke rumah mereka.

Tok Wan mempunyai satu akal untuk merapatkan hubungan antara kedua mereka. Tok Wan bersedia untuk memberikan resepi rendangnya kepada Limah dan Lijah tetapi beliau hanya memberikan sebahagian resepi yang tidak lengkap kepada Limah dan sebahagian lagi resepi kepada Lijah. Sepanjang bulan puasa, saban hari mereka berdua mencuba untuk membuat rendang Tok Wan, tapi rasanya tidak sedap, sehinggakan keluarga mereka muak kerana terpaksa makan rendang yang tidak sedap setiap kali berbuka puasa. Akhirnya selepas kedua mereka duduk berbincang dan berbaik, barulah mereka tahu bahawa bahan-bahan resepi yang diberi oleh Tok Wan kepada mereka berdua perlu disatukan untuk menjadi rendang yang paling sedap dimakan. Mereka akhirnya bersepakat untuk sama-sama memasak rendang tersebut dan sama-sama menghidangkannya pada hari raya.

Limah mempunyai seorang anak lelaki bernama Aiman, manakala Lijah mempunyai seorang anak perempuan bernama Elisya. Kedua-dua mereka bersahabat baik dan mereka berdualah yang membuka jalan kepada ibu mereka untuk duduk sama berbincang dan akhirnya mengetahui rahsia rendang Tok Wan.

Di gerai makan Tok Wan, Tok Wan mempunyai seorang pembantu bernama Edah yang berasal dari Sabah. Edah seorang gadis cantik tetapi sangat ’blur’. Bibit-bibit cinta muncul apabila Suparman, tukang menghantar makanan untuk tok wan jatuh cinta pada Edah dan dia tidak bertepuk sebelah tangan. Suparman akhirnya masuk melamar Edah dan majlis pertunangan mereka turut diadakan pada hari raya.

Tok Wan juga mempunyai seorang anak lelaki yang tinggal di bandar dan sudah berkahwin. Khairil, anak lelaki Tok Wan merajuk dengan Tok Wan kerana pada tahun sebelumnya, Tok Wan telah berhari raya di Mekah kerana mengerjakan umrah, sedangkan tahun tersebut adalah giliran beliau untuk pulang ke kampung sebelah ibunya. Walaupun puas isteri beliau, Siti memujuk, tetapi Khairil tetap merajuk. Akhirnya Khairil berjaya dipujuk untuk pulang ke kampung oleh Tok Wan apabila pada satu hari Tok Wan mengirimkan sedikit rendang kepada Kharil di bandar.

Di kampung tersebut terdapat juga watak-watak lain seperti Milkman, Pak haji, serta suami kepada Lijah dan Limah. Watak-watak ini akan dilakonkan oleh Salleh Yaakub.

"Ikutilah setiap episod drama dari 24 Ogos 09 hingga 2 Okt 09, pada jam 7.55 pg, 8.20pg, 4.55ptg dan 5.20ptg. Siaran ulangan untuk setiap minggu akan disiarkan setiap hari Sabtu bermula 5 petang."


Bagi yang sudah terlepas mendengar drama ini di Radio Sinar boleh la layari LINK INI. (Stacy berada di ep 4 bhgn 2)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 
Head Hunters The Kadazan Boi ™ | TNB
.FJ_Heading {display: none;} .FJ_TrafFoot {display: none;}