Subscribe News Feed Subscribe Comments

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam dengan buluh runcing

Mahasiswa Indonesia bertindak memijak bendera MALAYSIA sebelum dibakar


Rakyat M'sia di Jakarta diancam dengan buluh runcing

Sep 8, 09 7:58pm

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin
memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-credited to Bernama -
-picture credited to shahnon.com-

Wake up people.... sampai bila kita nak tengok martabat dan maruah negara kita dipermainkan oleh negera jiran? Sampai bila negara kita dipanggil pencuri...? padahal semua itu fitnah sama sekali...

kenapa pemerintah hanya berdiam diri?
sanggupkah kita melihat Jalur Gemilang itu dipijak2 dan dibakar?

tepuk dada tanya selera...
apakah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia..?
hanya berdiam diri?

3 comments:

Anonymous said...

Kita x boleh nk hentikan kata org..Tapi klu beginilah kita sbg rakyat malaysia trus dipermainkan oleh negara jiran..Memang melampaulah..Mgkin sistem republik di indonesia agk kurang memuaskan kerana pemerintah kurang mengambil tahu ttg hubungan rakyat malaysia dengan rakyat indonesia..Sama2 lah kita bangkit menghuraikan apa yg dikatakan oleh org indonesia itu tidak benar sama skali..Jgn biarkan BENDERA JALUR GEMILANG kita dipijak oleh negara lain...Ayuh bangkit kawan!!Jgn lah kita mendiamkan diri sahaja..Do something to raised up our spirits!!-DRAGONZWARPROACTIVE-(Baguslah ko eric..Dpt gak aq mendapat info2 ttg ni kt blog ko..Hrp2 blog ko ni rmailah follower..)

Virgonz said...

yeah..... agreed... they have to respect others... tp susah la selagi media massa kat sna terus memfitnah Malaysia...

Anonymous said...

org msia beri muka byk sgt kt org indon di msia...semua yg dtg cini ada peluang carik mkn luas dan sebebasnya...hatta yg melakukan jenayah dsbnya...tapi tgk lynan durang kt kita. yang lagi heran, byk lagi sykt2 ngra kita lebih sggp menaja konsert artis indon drp artis msia sendiri...dahlah tu stesen tv pulak bagi sebebas-bebasnya bagi filem, drama dan lagu-lagu mereka di ngra kita. Padahal perkara yg sama x berlaku sama sekali dlm negara mereka...dah lama kita berdiam diri sbb msia punya style mmg x nak kecoh2....so pemerintah perlu wat something spy spirit kemsiaan rakyat negara kita bertambah...hantar balik jak indon yg ada di msia nih wlupun mereka mengugut kita akn kekurangan tenaga buruh...aku dh feed up dgn isu mereka nih...dahlah kl kalu tme2 hujung mggu dah mcm kt indon @ bangla...nak naik pengangkutan awam pon pendatang asing ramai...huhhhhhhhhhhhh...so what we should do>>>>> if our leader didn't do anything about it>???????? kita pulak sesetgh tu mengagungkan sangat lagu2 indon tapi dok mengutukkkkkkkkkkkkkkk jak lagu2 tempatan...aku feed up...double stndrd sikap sesetgh rkyt msia...

Blog Widget by LinkWithin
 
Head Hunters The Kadazan Boi ™ | TNB
.FJ_Heading {display: none;} .FJ_TrafFoot {display: none;}