Subscribe News Feed Subscribe Comments

Stacy & Ikram @ Media Hiburan


Stacy & Iqram obses pada kecantikan


Sesekali beralih angin daripada konsep yang sedia ada, kali ini team MH menampilkan dua wajah yang kian menempa nama dalam dunia seni tanah air kita. Stacy yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti popular Akademi Fantasia musim keenam, manakala Iqram Dinzly pula hadir menerusi penampilan sulungnya dalam drama ‘Dunia Baru’. Reality popular Akademi Fantasia musim keenam, manakala Iqram Dinzly pula hadir menerusi penampilan sulungnya dalam drama ‘Dunia Baru’.


Stacy dikata berangan cantik

Bagi yang belum mengenali anak gadis kelahiran Sabah ini, pemilik nama Stracie Angie Anam, 19, atau Stacy adalah seorang yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Cukup sekadar dengan memanggil namanya, pasti sahaja lirik senyuman akan dilemparkan tanda penghargaan daripadanya. Dinobatkan sebagai juara wanita kedua bagi Akademi Fantasia musim keenam dan Artis Baru Wanita Popular pada anugerah Bintang Popular 2008 tidak sedikit pun merubah sikap dan penerimaannya terhadap orang di sekeliling. Baginya, tanpa mereka semua terutamanya peminat pasti sahaja dia tidak akan berada di industri seni ini.


Metro seksual bukan gay – Iqram

Berbicara soal penampilan dan penjagaan diri, bagi jejaka tampan ini ia suatu perkara yang subjektif. Apa sahaja yang sedap mata memandang adalah menarik pada pandangan peribadinya. Cuma, apa yang membezakan penampilan dirinya dengan jejaka lain adalah penjagaan kulit dan kesihatan tubuh badannya. “Kalau ada yang kata ‘cantik’ itu hanya untuk wanita, saya kurang bersetuju. Zaman kini, lelaki juga ada perlu ‘cantik’. ‘Cantik’ maksudnya bukan dengan berdandan tetapi menjaga kesihatan tubuh badan.

credited to : Media Hiburan Online

-cheers-

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 
Head Hunters The Kadazan Boi ™ | TNB
.FJ_Heading {display: none;} .FJ_TrafFoot {display: none;}