Subscribe News Feed Subscribe Comments

Stacy AF6 bakal mengegarkan ABPBH esok..!

Gabungan baru dan lama menghangatkan persembahan di malam kemuncak anugerah ke-22 ini

Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam esok sekali lagi menyenaraikan nama Anita sebagai antara penghibur yang bakal menghangatkan siaran dipancarkan secara langsung menerusi TV3 itu.

Menyuntik kelainan selain meraikan kehebatan aksi dua bintang berbeza era, Anita yang membuka tirai persembahan dengan Akhirnya Kini Pasti akan ditemani Stacy yang membawakan lagu terbarunya, Gagap.

Bertarung kreativiti dan kekuatan koreografi, kedua-dua penyanyi hebat ini akan menghangatkan pentas dengan gerak tari memukau digarap istimewa untuk kemuncak ABPBH 2008.

Seperti kata Stacy, mengadakan persembahan pada kemuncak acara hiburan berprestij seperti ABPBH 2008 sememangnya menjadi impian terutama untuk penyanyi yang sedang bertapak sepertinya.

"Latihan dibuat sekitar dua minggu kerana saya mementingkan kesempurnaan setiap kali menaiki pentas. Biarpun sudah biasa membawakan lagu Gagap, latihan tetap dipergiatkan kerana saya perlu mencari kelainan untuk acara berprestij seperti ABPBH 2008," katanya.

- wah hebatnya Stacy, akan membuat persembahan semasa pembukaan Anugerah tuh nanti, lebih2 lagi akan bergandingan dengan penyanyi tersohor, Kak Nita. Kira Legend sudah kak Nita nih kan... dengar2 Stacy akan membuat kejutan malam esok..? betulkah Stacy akan "terbang" sperti apa yang beliau katakan..? hehee.. Sama2 la kita tengok esok.. diharap Stacy akan mengondol anugerah pada malam tuh.. hehee..

-cheers-

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 
Head Hunters The Kadazan Boi ™ | TNB
.FJ_Heading {display: none;} .FJ_TrafFoot {display: none;}